Dialog Keamanan Jadi Punca Minyak Jatuh & Hasil Perbendaharaan Naik Lagi

208

Saham Eropah naik sementara harga minyak turun apabila dialog keamanan antara Rusia dan Ukraine memperlihatkan tanda-tanda positif manakala hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) capai paras tertinggi dalam 2 setengah tahun disebalik jangkaan kenaikan kadar yang pertama.

Selain itu, kebanyakan saham di Wall Street didagangkan lemah ekoran sentimen berhati-hati pelabur terhadap konflik Rusia-Ukraine dan menanti keputusan mesyuarat Federal Reserve (Fed) pada minggu ini.

Thomas Hayes, pengerusi Great Hill Capital New York, berkata dialog tersebut separutunya mencapai titik akhir yang akan menyaksikan sedikit kemajuan, namun kedua-dua pihak masih tidak capai sebarang persetujuan dan hasil perbincangan memperlihatkan keputusan yang tidak masuk akal kepada pelabur.

Walau bagaimanapun, beberapa perwakilan menyatakan draf perjanjian akan dicapai dalam beberapa hari lagi, seterusnya memberi isyarat positif mengenai keputusan dialog tersebut.

Ekoran daripada itu, indeks purata Dow Jones Industrial naik 1.05 mata pada 32,945.24 manakala S&P 500 hilang 0.74% pada 4,173.11 dan Nasdaq Composite turun 2.04% pada 12,581.22.

Indeks STOXX 600 pan-Eropah naik 1.2% dan tolok saham MSCI seluruh dunia susut 0.74% sementara Nikkei 225 Jepun naik 0.58%.

Penanda aras hasil 10 tahun AS naik 2.1419%, paras tertingginya sejak Julai 2019.

Menurut Hayes, jangkaan kenaikan kadar sebanyak 25 mata asas oleh Fed akan menyebabkan hasil 10 tahun naik mendadak, yang akan menyaksikan keluk hasil positif dan beri bayangan kerataan mungkin akan berakhir.

Hujarnya lagi, pelabur menjangkakan kenaikan kadar yang lebih agresif tahun ini selepas data menunjukkan inflasi tahunan naik pantas dalam masa 40 tahun.

Dalam pada itu, dolar menyusut namun masih kekal paras tertinggi 21 bulan dengan indeks dolar jatuh 0.056% apabila pelabur memberi fokus kepada dialog keamanan.

Bagi pasaran komoditi pula, niaga hadapan minyak Brent jatuh 5.1% pada $106.90 setong sementara minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS turun 5.8% pada $103.01 setong.

Harga emas jatuh 1.6% pada $1,952.87 per auns sementara niaga hadapan emas AS susut 0.91% pada $1,959.60 per auns apabila hasil perbendaharaan AS naik.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat