Diam-diam Emas Cuba Naik Semula, Nak Ke Mana?

1,078

Emas mencatat keuntungan sederhana untuk kembali didagangkan di atas paras harga $1,800 pada sesi Asia, memanfaatkan penyusutan hasil bon AS dan US dolar susulan data pekerjaan AS yang mengecewakan.

Laporan pekerjaan ADP sektor swasta AS tanpa dijangka menunjukkan penguncupan pada bulan Januari, di mana sebanyak 301,000 telah berkurang.

Ini secara tidak langsung mencetuskan kebimbangan bahawa data NFP yang akan dikeluarkan pada Jumaat nanti turut menunjukkan bacaan menyuramkan.

Walaupun Federal Reserve (Fed) telah memberi isyarat untuk menaikkan kadar faedah pada bulan Mac, tetapi pasaran buruh yang lembab boleh mempengaruhi pertimbangan Fed untuk kenaikan kadar seterusnya pada masa akan datang.

Pada sesi Asia, spot emas diniagakan sedikit berubah pada sekitar harga $1,807 per auns, sementara niaga hadapan emas sedikit meroost pada $1,808 per auns.

Para pelabur kini menantikan keputusan mesyuarat polisi Bank Pusat England (BOE); dan Eropah (ECB) pada hari ini yang bakal menentukan hala tuju seterusnya dalam penetapan dasar monetari mereka.

Logam kuning emas cenderung untuk merosot sekiranya keputusan bank pusat ke arah pengetatan dan kadar faedah dinaikkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat