Diam-diam USD Cuba Bangkit, Berjaya Ke Tidak?

364

US dolar tampaknya mengintai peluang untuk kembali bangkit susulan kejatuhan ketaranya yang dicatatkan sejak minggu lalu.

Raja mata wang itu telah susut ketara dengan merekodkan kerugian terbesarnya dalam tempoh lebih 2 tahun pada Selasa berikutan jangkaan yang untuk kenaikan kadar agresif yang berkurang.

Buat masa ini, pelabur dilihat mengambil langkah berhati-hati menjelang terbitan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada Jumaat.

Indeks dolar menokok 0.3% berbanding kebanyakan mata wang utama, memperlihatkannya didagangkan positif pada 110.60 ketika sesi Eropah.

Sementara menantikan NFP, pelabur akan diperlihatkan pengeluaran data pekerjaan ADP sektor swasta dan PMI perkhidmatan terlebih dahulu pada sesi New York nanti.

Dalam pada itu, pelabur telah menyaksikan keputusan polisi dari Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) yang meningkatkan kadar sebanyak 50 mata asas dengan lebih banyak kenaikan dijangka akan dilaksanakan.

Dolar kiwi yang pada mulanya melonjak susulan keputusan tersebut, kembali memadamkan keuntungan untuk didagangkan mendatar pada sesi dagangan hari ini.

Mengikuti perkembangan mata wang Eropah, euro dan pound sedikit susut tetapi masih mengekalkan keuntungan yang dicatatkan daripada kelemahan US dolar sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat