Diam-Diam ‘Whale’ Buat Kerja Di Tengah Kejatuhan Harga BTC, Ini Yang Berlaku!

2,801

Pada minggu lalu, pemain pasaran kripto sekali lagi berhadapan dengan episod kekecewaan apabila momentum lonjakan harga Bitcoin tidak berkekalan dan hanyalah sebentar. Sebilangan pemain pasaran ada yang berputus asa, sebilangan lagi masih terus optimis berdasarkan indikasi-indikasi baru. Bagaimana dengan tingkah laku kelompok ‘ikan paus’ dalam berhadapan dengan perkara ini?

Beberapa laporan yang sampai menunjukkan beberapa pemain industri seperti MicroStrategy dan Luna Foundation Guard memilih untuk terus menambah pegangan Bitcoin kerana teradapat isyarat menaik secara positif.

Aliran keluar daripada pertukaran Bitcoin minggu ini mencapai tahap bersejarah untuk mata wang kripto utama iiatu BTC. Dalam laporan minggu blockchain oleh Glassnode memaklumkan bahawa;

“Kami dapat melihat bahawa baki pertukaran juga telah mengalami tempoh aliran keluar BTC yang ketara sebagai tindak balas kepada kelompok ikan paus BTC dan pengumpulan BTC yang lebih drastik. Aliran keluar besar yang sehingga mencapai 96,200 BTC untuk sebulan dilihat hanya berlaku beberapa kali sepanjang sejarah”.

Dengan harga bitcoin berlegar pada $45K ketika ini, kadar aliran keluar pertukaran sebulan telah berjumlah $4.4 bilion US dolar nilaian BTC pada harga pasaran.

Waima begitu, kecairan pasaran pertukaran untuk bitcoin telah menjunam kepada 2.472 juta BTC. Kecairan dipasaran ini dilihat antara yang terendah sejak suku ketiga 2018. Kecairan pertukaran menurun ini membawa maksud bahawa peserta dalam pertukaran kripto mengeluarkan bitcoin mereka daripada akaun jagaan terpusat dan terpencar ke dompet yang diselenggara secara persendirian mereka sendiri

Sementara itu, alamat dompet ‘ikan paus’ BTC persendirian juga berlumba-lumba untuk mengumpul BTC. Pengumpulan mendadak bermula pada Mac pada paras tertinggi 10 bulan selepas alamat yang memegang lebih daripada 100 dan 1000 BTC menunjukkan pegangan BTC melonjak secara tiba-tiba.

Ini adalah penunjuk jangka sederhana hingga panjang yang kukuh kerana ia menandakan niat pasaran yang masih tetap utuh memegang BTC, kata Glassnode.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat