Diam-Diam Whale Tidak Dikenali Ini Beli 171 Bilion Shiba Inu (SHIB)!

4,020

Pembetulan pasaran kripto masih berlaku dan ada whale telah membuat pembelian sebanyak 171 bilion Shiba Inu (SHIB).

Transaksi pertama dilakukan pada semalam menyaksikan SHIB dibeli sehingga bernilai $6 juta. Ketika itu, harga dagangan token meme adalah pada $0.000049.

Kemudian, whale tersebut membuat pembelian SHIB yang kedua bernilai $2.3 juta ketika harga aset itu berada paras terendah, $0.000048.

Aktiviti kebanyakan whales yang mengambil peluang ketika pasaran bergelora membawa jangkaan harga SHIB untuk membuat u-turn.

Namun, setakat artikel ini ditulis, Shiba Inu masih didagangkan pada harga yang mendatar bernilai $0.000048.

Berdasarkan pemerhatian, SHIB telah susut lebih 10% sejak semalam dari paras tertinggi harian, 0.000053 ke paras terendah harian, $0.000047 hari ini.

Rekod jumlah dagangan pula menunjukkan hampir 98% pelabur runcit tidak berminat untuk membuat spekulasi terhadap token SHIB.

Salah satu faktor utama adalah disebabkan penyusutan minat yang mendadak, didorong oleh kehilangan besar nilai SHIB jika ia sekali lagi berhadapan dengan pembetulan sebanyak 40%.

Bagaimanapun, mustahil untuk harga SHIB terus mencatatkan penyusutan selagi mana ada permintaan terhadap aset ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat