Dianggarkan Seramai 300,000 Pelarian Akan Tiba Tahun Ini

44

Ketua kepada Federal Office For Migration and Refugees (BAMF) Frank-Juergen Weise memberitahu akhbar Jerman yang mereka menjangkakan maksimum 300,000 orang pelarian akan tiba di Jerman tahun ini.

Beliau berkata, “Kami bersedia untuk menerima 250,000 – 300,000 orang pelarian tahun ini”.

Jerman menggunakan istilah “pelarian” merujuk kepada pelarian dan migran yang mencari perlindungan namun tiada status pelarian.

Weise menambah jika jumlah pelarian yang tiba melebihi daripada yang dijangkakan, mereka akan mengalami tekanan namun melihat kepada sekarang, mungkin jumlah yang tiba lebih sedikit daripada 300,000 orang.

Dianggarkan lebih 1.1 juta migran masuk ke Jerman, lari daripada peperangan dan kemiskinan negara mereka.

Weise juga berkata yang masa dan wang akan dibelanjakan lebih tinggi untuk memasukkan pendatang ke dalam sektor buruh.

Katanya 70% migran yang tiba sihat untuk bekerja namun majoriti daripada mereka terpaksa bergantung kepada pemberian asas terlebih dahulu sebelum bekerja.

Dianggarkan 10% daripada migran yang tiba mempunyai ijazah universiti dan 40% mempunyai teknik asas vokasional namun tidak mempunyai pengalaman.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat