Dibelenggu Risiko, GBP/USD Kekal ‘Murung’

611

Berbeza dengan mata wang Euro yang berjaya pamerkan peningkatan semalam, Pound Sterling sebaliknya terus bergerak lemah menuju dagangan penghujung minggu.

Risiko peningkatan kes jangkitan Covid-19 varian Delta di UK dilihat menjejaskan rancangan pemulihan pembukaan ekonomi penuh yang telah dilanjutkan pada 19 Julai ini.

US dolar yang dilihat bergerak susut dalam pasaran memberi ruang untuk beberapa mata wang utama kembali didagangkan meningkat, namun Pound gagal berbuat demikian.

Dilihat pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga kekal bergerak di bawah paras 1.38000 dengan penurunan terendah mingguan dicatatkan semalam sekitar 1.37400.

Zon tersebut juga yang menjadi support kepada dagangan minggu lalu telah berjaya meningkatkan semula harga, namun kenaikan terhalang pada paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang masih memberi isyarat trend bearish.

Bersambung pada dagangan sesi Asia pagi Jumaat, harga masih gagal melepasi halangan MA50 tersebut walaupun diuji beberapa kali.

Kenaikan harga cuba untuk melepasi semula paras 1.38000 yang akan kembali memberi isyarat positif kenaikan harga.

Kenaikan lebih tinggi dilihat akan menuju sehingga ke paras 1.39000 semula pada zon SBR (support become resistance).

Namun, dengan corak penurunan yang ditampilkan, jangkaan harga akan terus menyambung penurunan lebih rendah menuju zon support pada 1.37000.

Awal sesi Eropah hari ini akan memberi tumpuan pada data pertumbuhan GDP UK yang turut akan mempengaruhi pergerakan Pound sebelum dagangan minggu ini berakhir.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat