Dibuang Kerja? Pekerja US Temui Sinar Harapan Di China!

226

‘One man trash is another man’s treasure.’

Di sebalik situasi pembuangan pekerja besar-besaran di Amerika Syarikat (AS), firma-firma internet China dilihat membuat perkara sebaliknya.

Memetik sumber dari Global Times, agensi kawalan China, firma-firma internet negara itu seperti TikTok sedang giat mencari pekerja untuk syarikat induknya BiteDance.

Ia sangat berbeza dengan situasi gergasi teknologi AS di mana Meta Platforms, Twitter, Amazon dan Lyft bertindak membuang pekerja bagi menampung keadaan ekonomi yang diapit tekanan inflasi serta perbelanjaan.

Ulas pakar ekonomi Zhongnan University of Economics and Law, Pan Helin, adalah perkara biasa untuk firma-firma China mengambil pakar yang dibuang di AS untuk bekerja dengan mereka.

Jelasnya bahawa kepakaran bekas pekerja AS yang dibuang boleh menjadi aset utama kepada firma internet sungguhpun negara itu lebih memilih bangsa mereka sendiri untuk bekerja.

Namun ia tidak bermakna firma-firma China tidak terkesan dengan tekanan inflasi global apabila mereka juga dikatakan mengurangkan pengambilan pekerja bagi syarikat yang berada di luar negara.

Dalam pada itu, pekerja pakar teknologi yang dibuang di AS tampak menjadi pilihan dalam kalangan syarikat dari negara lain seperti Singapura, Britain dan India.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat