Disangka Terjun, EUR/USD Rupanya Melonjak Semula Lebih 100 Pips!

561

US dolar dilihat kembali bergerak lemah menuju dagangan penghujung minggu selepas keputusan mesyuarat FOMC sebelum ini telah menyokong pengukuhan matawang utama tersebut.

Data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kurang memberangsangkan kembali mempersoalkan unjuran positif oleh Federal Reserve (Fed) sebelum ini berdasarkan pemulihan ekonomi.

Sentimen pasaran yang positif turut menyumbang kepada penyusutan US dolar berikutan laporan vaksin bakal tersedia pada Oktober dan penghujung 2021.

Pada carta harga bagi pasangan matawang EUR/USD semalam, harga yang membuat penurunan pada sesi Asia mencecah paras 1.17360 melepasi paras terendah minggu lalu.

Namun harga kembali membuat kenaikan semula melepasi zon RBS (resistance become support) 1.18000 sebelum melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam harga pada dagangan yang bersambung di sesi New York.

Pelabur yang melihat tanda-tanda awal perubahan trend pada carta EUR/USD, kembali melihat harga akan meneruskan kenaikan menyokong pengukuhan matawang Euro sebelum ini berdasarkan polisi bank pusat Eropah.

Kenaikan harga yang diteruskan bakal menguji semula paras halangan pada 1.19000 yang merupakan zon SBR (support become resistance).

Kenaikan lebih tinggi boleh mencapai sehingga ke paras sasaran pada 1.20000 yang telah dicapai pada awal September lalu sebelum harga kembali turun semula.

Namun jika US dolar kembali mengukuh dan menekan harga ke paras rendah semula, zon sokongan harga pada 1.18000 akan menjadi tumpuan sekali lagi.

Seterusnya harga akan kembali membuat percubaan untuk turun ke zon support 1.17200 di mana paras tersebut gagal dicecah harga pada penurunan semalam.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat