Diskaun GOLD Masih Berjalan, Ada ‘Mata’ Yang Sedang Intai Peluang Ke?

447

Emas kembali didagangkan stabil ketika US dolar berehat selepas mencatatkan peningkatan berterusan yang dipacu oleh kenyataan hawkish Federal Reserve (Fed).

Logam kuning itu sebelum ini susut mendadak sehingga menyentuh paras terendah enam minggu selepas Pengerusi Fed Jerome Powell mengatakan masih terlalu awal untuk bank pusat menghentikan kenaikan kadar.

Malah, beliau juga memberi isyarat bahawa kadar dana utama yang kini pada 4% mungkin meningkat lebih tinggi daripada jangkaan bank pusat sebelum ini.

Harga emas kemudiannya kembali stabil, mengambil peluang untuk meningkat ketika pelabur menantikan penerbitan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada sesi New York hari ini.

Pada sesi Asia, logam berharga itu didagangkan pada $1,633 per auns, sedikit meningkat daripada paras terendah harga $1,616 per auns yang disentuhnya pada Khamis.

Sementara itu, US dolar kekal mengukuh walaupun telah berhenti daripada membuat kenaikan, menyaksikan didagangkan mendatar pada sesi Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat