Disney, Target Jalin Kerjasama

121

Walt Disney Co dan Target Corp mengumumkan akan menjalinkan kerjasama dimana Target bersetuju untuk memberikan ruang khas untuk Disney menjual produk mereka di semua cawangan yang terpilih seluruh AS bermula 4 Oktober. Sebanyak 25 buah kedai akan terlibat untuk tahun ini dan penambahan 40 cawangan pula pada Oktober tahun hadapan.

Disney dalam sebuah kenyataan menyebut ruangan khas di dalam kedai milik Target itu akan menempatkan lebih daripada 450 jenis barangan Disney, termasuklah produk yang sebelum ini hanya boleh didapati di lokasi mereka.

Disney juga menyasarkan lokasi yang lebih strategik seperti di Philadelphia, Denver dan Chicago untuk melancarkan kedai baru mereka. Sebelum ini mereka sudah mempunyai kedai di West Virginia dan Florida tetapi malangnya telahpun ditutup tahun ini.

Dalam kenyataan berasingan, Target mengumumkan akan membuka sebuah kedai di Flamingo Crossings Town Center yang terletak di Florida berdekatan pintu masuk bahagian barat Walt Disney World Resort pada tahun 2021.

CEO dan pengerusi Target, Brian Cornell menyifatkan kombinasi hiburan Disney yang tidak dapat ditandingi serta platform runcit yang luas milik syarikat itu akan menghasilkan sebuah pengalaman yang unik dan memberi inspirasi buat pelanggan.

Tambahnya lagi, kerjasama ini mencerminkan kekuatan platform dan aset kami untuk mencipta suatu nilai bagi para pelanggan dan berkembang bukan sekadar satu sistem runcit tradisional.

Pelanggan kini sudah boleh mendapatkan barangan istimewa daripada Disney, Pixar, Marvel and Star Wars di kedai Target yang terpilih. Ruangan khas yang dijangka berkeluasan 750 kaki persegi itu akan ditempatkan bersebelahan dengan pakaian dan mainan kanak-kanak.

Sebagai tambahan, harga saham Disney ditutup rendah minggu lalu dimana turun $4.41 kepada $131.67, senasib dengan Target yang turut jatuh $2.83 kepada $103.49.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat