Do Kwon Dicari – LUNA 2.0 Jatuh 66% Dalam Masa 5 Hari!

2,765

Segelintir pengguna Twitter yang memiliki pegangan dalam LUNA 2.0 mula merasa kecewa apabila harapan yang diletakkan tidak kesampaian. Ramai yang mengharap LUNA 2.0 kembali mengganas seperti dahulu apabila ia mula dilancarkan, tetapi sayangnya lonjakan harga dibuat tidak terlalu ketara. LUNA 2.0 telah turun 66% dalam masa 5 hari sahaja selepas pelancarannya.

Para pelabur dipercayai bergegas untuk keluar dari pasaran selepas mendapatkan airdrop. Semasa penulisan, LUNA 2.0 kini didagangkan pada $6.52 turun daripada harga asal $17.80 apabila ia dilancarkan pada hari Sabtu dan telah menyaksikan paras tertinggi sepanjang masa sebanyak $19.54. Sejak dilancarkan, LUNA 2.0 telah mendapat beberapa reaksi di media sosial. Ada yang menyindir Do Kwon di Twitter bahawa adakah LUNA 3.0 pula akan dikeluarkan dengan kejtauhan harga lebih 50%.

Segelintir berpendapat bahawa sebaik sahaja pemegang LUNA classic mendapat airdrop LUNA 2.0 di wallet, mereka mula menjualnya dan hanya menyisakan sedikit pegangan. Perkara ini menimbulkan persoalan lanjutan mengenai kepercayaan terhadap LUNA 2.0 dan permainan ‘whales’.

Secara ringkat LUNA 2.0 adalah token Terra yang baharu ang bertujuan untuk menyelamatkan ekosistem Terra Luna berikutan keruntuhan stablecoin. Sebelum ini, Terraform Labs berkata mereka akan memberikan airdrop” token Luna baharu ini kepada pemegang lama. Rantaian Terra asal telah dijenamakan semula sebagai Terra Classic dan Terra telah dilahirkan semula sebagai Terra 2.0. TerraUSD telah ditinggalkan demi mewujudkan rantaian blok dan aset digital baharu beberapa minggu selepas mata wang kripto itu runtuh.

Selain itu, harus dimaklumi bahawa kejatuhan LUNA 2.0 juga terkesan dengan kejatuhan harga Bitcoin pada hari ini apabila ramai pelabur mula mengambil keuntungan.

Luna Classic kini juga menimpa nasib hampir yang serupa apabila harganya telah jatuh kepada $0.0000972.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat