Do Kwon Dikena Hukuman Penjara 4 Dekad Di AS & Korea Selatan!

280

“Bila Do Kwon keluar penjara mesti dah tak larat nak buat apa-apa kan?”

Co-founder Terraform Labs, Do Kwon yang didakwa menipu pasaran mata wang kripto sehingga menyebabkan kehilangan $40 bilion dilaporkan bakal dikenakan hukuman penjara sehingga empat dekad di penjara Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS).

Menurut Dan Sunghan yang berkhidmat sebagai pengarah biro penyiasatan jenayah kewangan di Perkhidmatan Pendakwaan Daerah Selatan Seoul, Kwon mungkin akan dibicarakan dan dijatuhkan hukuman di kedua-dua bidang kuasa atas tuduhan berbeza.

Selain menegaskan Kwon perlu diekstradisi ke negara Asia terlebih dahulu, Sunghan turut berkata bahawa isu tersebut adalah kes penipuan sekuriti kewangan terbesar yang pernah berlaku di Korea Selatan.

Sebelum pendakwa raya AS mendakwa Kwon, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) AS pada awal tahun ini telah menuduh beliau dan Terraform Labs melakukan penipuan.

Sudah sedia maklum pertuduhan difailkan oleh Korea Selatan termasuk pelanggaran undang-undang pasaran modal, tetapi wakil undang-undang Kwon bukan sahaja menolak dakwaan pendakwa raya di Seoul malah menyatakan tuduhan SEC itu sama sekali tidak berasas.

Menerusi tuntutan mahkamah SEC, Kwon dan Terraform Labs memindahkan lebih 10,000 Bitcoin (BTC) daripada projeknya yang gagal dan kemudian menukar beberapa token ini kepada wang tunai melalui bank Switzerland.

Seterusnya, SEC juga mendakwa mereka yang menyimpan token tersebut dalam cold wallet telah mengaksesnya secara berkala dari Mei tahun lepas, di mana ia adalah kaedah penyimpanan selamat tidak disambungkan oleh mana-mana bursa kripto.

Setakat ini, pihak berkuasa telah merampas sebanyak 246.8 bilion won ($190 juta) berhubung kes tersebut dan kini mereka perlu mencari lagi 31.6 bilion won.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat