Do Kwon Hilang Kekayaan Angkara Kehancuran Terra (LUNA)!

18,699

Pengasas bersama Terraform Labs, Do Kwon memberitahu bahawa beliau telah kehilangan hampir semua kekayaannya akibat keruntuhan ekosistem kriptonya baru-baru ini.

Dalam wawancara dengan Wall Street Journal (WSJ) yang diterbitkan pada Khamis, beliau meluahkan kekecewaannya ke atas kejatuhan mendadak LUNA dan UST yang berlaku pada pertengahan Mei.

Ujarnya, beliau mungkin seorang jutawan apabila LUNA mencecah paras tertinggi sepanjang masa pada bulan April, tetapi jejaka itu pada hakikatnya telah kehilangan sebahagian besar daripada nilai bersihnya susulan peristiwa itu.

Walaupun begitu, Do Kwon mengatakan kerugian yang dialami tidak mengganggunya, dan beliau kini menjalani kehidupan yang berjimat cermat.

Do Kwon juga menyatakan kekesalannya terhadap kerugian yang ditanggung pelabur akibat kejatuhan itu dan berharap agar semua yang terjejas untuk ‘menjaga diri mereka’.

Penyiasat di Korea Selatan dan Amerika Syarikat kini sedang menjalankan siasatan mengenai isu yang menimpa Terra, di mana beberapa bekas dan pekerja semasa Terraform Labs dilarang daripada meninggalkan negara itu.

Dalam percubaan untuk bangkit semula, pengasas itu melancarkan Terra versi baharu pada bulan lepas yang diedarkan secara percuma kepada pemegang token asal. LUNA 2.0 didagangkan merosot pada $1.89 ketika penulisan ini ditulis.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat