Do Kwon Tak Bersalah? Pihak Berkuasa Korea Beku $67 Juta Bitcoin Berkait Dengan Do Kwon!

241

Pihak berkuasa Korea Selatan mengarahkan platform kripto exchanger OKX dan Kucoin membekukan 3,313 Bitcoin (BTC) yang dilaporkan terikat dengan Do Kwon, pengasas bersama Terra.

Kwon yang kini menjadi buruan pihak berkuasa, dilaporkan mencipta wallet baharu pada 15 September sejurus selepas mahkamah Korea mengeluarkan waran tangkap terhadapnya atas dakwaan kes pelanggaran sekuriti.

Diperjelaskan, sebanyak 3,313 BTC berjaya dipindahkan ke OKX dan Kucoin melalui wallet BTC yang dicipta di bawah nama Luna Foundation Guard (LFG).

Namun, 1,354 BTC di KuCoin telah dibekukan selepas pemindahan tersebut manakala OKX tidak berbuat demikian yang dilihat mengabaikan permintaan pihak berkuasa.

Sementara itu, pergerakan BTC daripada wallet LFG menimbulkan kebimbangan pelabur kerana bercanggah dengan kenyataan Kwon yang pernah mengatakan bahawa beliau menggunakan semua BTC dalam tLFG bagi mempertahankan TerraUSD Classic (USTC).

Kwon juga dilaporkan melarikan diri dari Singapura serta memaksa pihak berkuasa mendapatkan bantuan daripada Interpol selepas waran tangkap dikeluarkan.

Namun, Interpol mengeluarkan notis amaran terhadap Kwon dalam mengesahkan status pelariannya dan Kwon melakukan sebaliknya dengan membuat tweet dari semasa ke semasa.

Jelaslah, komuniti Terra masih menyokong Kwon walaupun kejatuhan ekosistem Terra bernilai $40 bilion telah menghapuskan $1 trilion daripada pasaran kripto kerana pelabur percaya bahawa Kwon tidak bersalah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat