Doa Pengguna Twitter Akhirnya Termakbul, Butang ‘Edit’ Diperkenalkan

135

‘Patut isu ini yang Elon Musk ketengahkan baru cepat kes mahkamah selesai.’

Selepas 16 tahun penubuhannya, Twitter Inc akhirnya memperkenalkan butang kemas kini (edit) yang sering diminta oleh pengguna bagi kemudahan memperbetulkan sebarang kesilapan tulisan (typos).

Khabar baik tersebut diumumkan syarikat dengan mengatakan pengguna berbayar ‘Twitter Blue’ akan dibenarkan mengubah atau edit ciapan yang dibuat beberapa kali dalam tempoh 30 minit selepas dipaparkan (post).

Menurut penjelasan jurucakap Twitter, posting yang telah edit akan berlabel bagi memberi tahu bahawa ia sudah dikemas kini atau ditukar dan pengguna boleh melihat sejarah pengubahan paparan apabila menekan label tersebut.

Ini bermakna pengguna yang melanggan perkhidmatan Twitter bernilai $4.99 sebulan sahaja boleh mengakses kemudahan tersebut sementara nasib pengguna aplikasi secara percuma lain masih tidak diketahui.

Sebagai rekod, Twitter sebelum ini sering diperli dan dikutuk oleh sejumlah pengguna kerana tidak menyediakan butang edit pada aplikasi mereka.

Platform media sosial lain seperti Facebook dan Instagram milik Meta sehingga ke Reddit serta Pinterest sudah lama memberikan fungsi butan edit kepada pengguna mereka untuk kemudahan pembetulan bertahun-tahun dulu.

Untuk tujuan mempertahan diri, pihak Twitter mengatakan bahawa keputusan memperkenalkan butang edit tersebut memakan masa lama kerana mereka khuatir ia boleh mendorong kepada penyebaran berita palsu.

Setakat penulisan ini, saham Twitter didagangkan turun 0.39% pada $38.62.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat