DOGE Ke Bulan? – Syarikat Semakin Menaruh Perhatian Pada DOGE!

1,046

Dilancarkan pada 2013, Dogecoin (DOGE) terkenal dengan logonya yang diinspirasikan oleh anjing baka Jepun, shiba inu. DOGE sebenarnya bermula sebagai matawang kripto yang sarkastik kerana pada masa itu sektor kripto begitu popular. Ada juga sumber yang mengatakan Dogecoin merupakan parodi Bitcoin.

Walaupun ia dianggap sebagai parodi atau meme, Dogecoin telah mula mendapat perhatian industri luar dan kini ia mula diguna pakai dalam dunia sebenar. Bukan itu sahaja, masyarakat awam juga semakin ramai meminati matawang DOGE. Setelah CovCare, syarikat Wooter Apparel juga menambahkan sokongan untuk matawang kripto DOGE.

Wooter Apparel merupakan syarikat pakaian sukan pertama yang menawarkan sokongan pembayaran Bitcoin (BTC) pada tahun 2015. Berdasarkan pengalaman lepas, syarikat tersebut kini ingin meneruskan langkah tersebut dengan menambahkan Dogecoin sebagai alternatif lain bagi pembayaran kripto.

Wooter Apparel menyebutkan bahawa Dogecoin juga merupakan pilihan yang lebih murah untuk melakukan transaksi. Berdasarkan laporan dikeluarkan, Wooter percaya bahawa teknologi kripto dan blockchain dapat memudahkan pembayaran global.

Pergerakan harga DOGE baru-baru semakin mendapat perhatian dalam kalangan pelabur kripto. DOGE bahkan juga pernah berada dalam 10 tangga teratas dari segi modal pasaran sesekali. Turut dapat laporan bahawa telah terdapat 120 perniagaan dan syarikat yang menerima Dogecoin sebagai salah satu medium pembayaran.

Syarikat-syarikat ini termasuk Travala.com, Stake Box, Box Real Estate, Ninja Game Keys, dan lain-lain. Dogecoin kini didagangkan naik hampir 10% kepada $0.05693 seunit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat