Dogechain Punca Kripto Anjing Melonjak Sejak Minggu Lalu

275

Pelancaran Dogechain pada minggu lepas telah menjadi faktor membuatkan harga Dogecoin (DOGE) mencanak naik. Dogechain merupakan lapisan 2 Dogecoin yang memberikan akses NFTs, Games dan DeFi kepada pengguna DOGE.

Namun begitu, platform blockchain tersebut bukan dibina pada Dogecoin tetapi di rangkaian Polygon.

Dogechain mendedahkan rancangannya untuk membolehkan ekosistem dApps Dogechain menggunakan wrapped DOGE iaitu mata wang kripto disandarkan pada nilai kripto atau aset asal lain misalnya emas, saham serta digunakan pada platform DeFi sebagai mata wang.

Hal ini membenarkan Dogechain membuat transaksi bersama blockchain lain. Secara pukal, platform tersebut berjanji untuk membawa DeFi dan utiliti kepada Dogecoin yang memberikan pengguna merapatkan DOGE ke Dogechain untuk menerima wrapped DOGE dan menggunakannya sebagai gas pada rantaian.

Rentetan itu, kebolehlaksanaannya telah menarik perhatian pengguna DOGE, seterusnya membawa kepada lonjakan harga token. Pasukan Dogechain mengatakan pelancaran tersebut mendapat sambutan hebat daripada komuniti DOGE.

Dalam pada itu, platform itu telah menarik sebanyak 74,983 wallet address serta 901,935 jumlah transaksi yang juga telah menyebabkan pasukan Dogechain harus berdepan dengan isu rangkaian termasuklah proses deposit serta pengeluaran menjadi lambat kerana banyak pengguna telah memasuki platform tersebut dalam masa yang serentak.

Dogechain telah mengalami sambutan yang luar biasa sejak beberapa hari lalu, gembar-gembur Dogechain telah menggemparkan intenet termasuklah jumlah yang sangat luar biasa.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat