Dogecoin (DOGE) Gagal Bersinar Walaupun Tembus Pasaran India, Mujurlah Ada Elon Musk!
Bursa kripto terbesar India, Unocoin akhirnya menyenaraikan Dogecoin (DOGE) dan Shiba Inu (SHIB) bermula 13 Disember, sekaligus menawarkan 1.3 juta penggunanya pendedahan yang lebih luas terhadap kedua-dua aset tersebut.
Khabar itu dimuatnaik melalui kicauan Twitter pada hari yang sama:
Hey folks, #doge and #SHIB is finally live on Unocoin. #bitcoin #dogecoin #shibainu #memes #investment #cryptocurrency 1/2 pic.twitter.com/SoXPfCJMk6
— Unocoin: Buy Bitcoin & Crypto in India 🇮🇳🥇🟠📱 (@Unocoin) December 13, 2021
Pelabur kripto India boleh berdagang aset tersebut berdasarkan pasangan DOGE/INR dan SHIB/USDT.
Susulan daripada pengumuman tersebut, SHIB pamerkan reaksi positif dengan lonjakan lebih 4% dari paras $0.00003389 kepada $0.00003547 dalam tempoh tiga jam.
Manakala DOGE sebaliknya menyusut hampir 5% dalam julat masa yang sama, dari paras $0.1640 kepada $0.1561.
Tetapi mujurlah twit Elon Musk yang terbaru berjaya menebus kegagalan DOGE tempoh hari apabila pada malam tadi figura ini memuatnaik satu twit: “Tesla akan pastikan beberapa merchandises boleh dibeli menggunakan Doge & lihat sejauh mana ia boleh pergi.”
Tesla will make some merch buyable with Doge & see how it goes
— Elon Musk (@elonmusk) December 14, 2021
DOGE melonjak lebih 39% dalam tempoh dua jam, dari paras $0.1585 kepada $0.2206.
Bagi rekod 24 jam bagi kedua-dua aset ini mencatatkan nilai dagangan:
- SHIB: $0.00003342 (meningkat hampir 1%)
- DOGE: $0.1813 (meningkat lebih 15%)