Dogecoin Kembali ‘Bernyawa’ Dengan Kemaskini Terbaru!

1,375

Disangka hanya sekadar token meme, rupanya ada khabar baik mengenai Dogecoin (DOGE) dengan pembaharuan bermula Mac.

Laporan terbaru mendedahkan kemaskini protokol terbaru dikenali sebagai Dogecoin Core 1.14.3 telah dilancarkan.

Ia menfokuskan kepada dua pembaharuan penting yang menfokuskan kepada kelajuan penyegerakan (synchronization speed) dan pengurangan dalam tarikh tamat mempool.

Mempool (a contraction of memory and pool) merupakan mekanisme node matawang kripto bagi menyimpan maklumat untuk transaksi yang belum disahkan.

Sejak Oktober 2019, pertumbuhan Dogecoin ‘terhenti’ sehingga semalam dengan pelancaran kemaskini yang baharu. Perkara itu dimaklumkan oleh pembangunnya sendiri, Ross Nicoll di laman Reddit r/dogecoin.

Mungkin Elon Musk sebelum ini berjaya membawa harga matawang shiba inu itu meroket tinggi namun, dengan pengumuman terbaru daripada Nicoll menunjukkan Dogecoin kembali ‘bernyawa’ dengan protokol terbaru.

Walaupun sekadar minor kemaskininya, pasukan di sebalik DOGE berjaya menambah pengoptimuman penting terhadap prestasinya. Berdasarkan pengumuman, ia boleh dipasang pada pemasangan 1.14 tanpa perlu memuat turun semula, indeksasi semula atau uninstall.

Tidak cukup dengan itu, kemaskini terbaru menampilkan jangka masa pendek bagi setiap transaksi, dari 336 jam kepada 24 jam dan penambahan had masa muat turun blok, dan banyak lagi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat