‘Dogecoin Meragukan’ – CEO Ripple Tolak Kehadiran DOGE Dalam Pasaran Kripto

1,610

CEO Ripple, Brad Garlinghouse tidak sukakan Dogecoin (DOGE).

Jelasnya baru-baru ini, kehadiran DOGE sebagai koin meme tidak sesuai dengan konteks mata wang kripto sebagai pelindung inflasi.

Sedia maklum, seluruh dunia sedang berhadapan dengan inflasi dan secara tidak langsung majoriti sektor turut kena tempiasnya.

Sebagai rekod, inflasi tahunan setakat Oktober meningkat sebanyak 6.2%. Pada masa yang sama, harga Bitcoin (BTC) turut meningkat ke paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $69,000.

Pemerhatian Garlinghouse terhadap Dogecoin membawa kesimpulan yang aset ini tidak tepat untuk ‘pelindung inflasi’:

“Dari aspek kontroversial, Dogecoin tepat untuk pasaran kripto. Tetapi ia memiliki beberapa dinamik inflasinya yang membuatkan aset ini meragukan. Dogecoin tidak memiliki bekalan yang tetap seperti Bitcoin. Maka, ia sangat lemah untuk dijadikan sebagai pelindung inflasi.”

Maka, adakah ini bermaksud XRP lebih baik berbanding DOGE?

Messari mendedahkan bekalan kitaran XRP telah meningkat 20% sejak penjualan besar-besaran daripada Ripple Labs.

Disebabkan itu tekanan harga XRP susut mendadak.

Manakala Bitcoin memiliki keterhadan koin pada 21 juta BTC. Tidak hairanlah jika kebanyakan organisasi dan jutawan dunia menganggapnya sebagai pelindung inflasi terbaik.

Lagipun..baru-baru ini senator Amerika Syarikat (AS) telah mengemukakan cadangan untuk mengimbangkan inflasi dolar AS menggunakan Bitcoin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat