Dokumentari Korea Utara Cetus Panik Sweden Dan Denmark

427

Tindak-tanduk Korea Utara sekali lagi mencetuskan panik dalam kalangan negara besar, terutama Sweden dan Denmark yang mendakwa wilayah itu berusaha untuk melepasi sekatan yang dikenakan.

Tuduhan oleh dua negara itu adalah berdasarkan sebuah dokumentari yang ditayangkan pada Ahad di saluran televisyen BBC dan Nordic.

Menceritakan tentang wilayah Korea Utara, dokumentari The Mole memaparkan seorang tukang masak Denmark, Ulrich Larsen dan seorang pegawai pertahanan yang kini pelakon, menyusup ke pangkalan rahsia Korea Utara hampir satu dekad.

Apa yang membimbangkan ialah melalui dokumentari itu Menteri Luar Negeri Denmark dan Sweden mendapati kandungannya memaparkan sejumlah aktiviti berkaitan dengan Democratic People’s Republic of Korea (DPRK).

Ekoran daripada itu, Sweden dan Denmark nekad membawa isu kepada perhatian Ahli Jawatankuasa Sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, termasuk Kesatuan Eropah (EU).

Menfokuskan pada intipati dokumentari itu, Larsen berhasil mendapatkan bukti yang Korea Utara menghindari sekatan antarabangsa yang dikenakan oleh PBB iaitu larangan mengeksport dan mengimport senjata dari negara.

Dokumentari yang berisiko tinggi ini tidak hanya memaparkan individu-individu berprofil tinggi, malah melibatkan penipuan dan perjanjian palsu yang kononnya satu perniagaan petrol antara kilang senjata bawah tanah sebuah pulau di Uganda dan ahli perniagaan dari Jordan.

Sebahagian daripada dokumentari ini difilemkan menggunakan kamera tersembunyi.

Denmark dan Sweden tidak mahu memandang perkara ini sebelah mata memandangkan pemaparan dokumentari tersebut telah menimbulkan pelbagai persoalan dan masalah yang tiada penyelesaiannya.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat