Dolar Amerika Terus Merosot Terkesan Oleh Komen William, Clarida

581

Dolar Amerika Syarikat pada sesi pasaran New York semalam mengalami penurunan yang ketara ekoran ahli Federal Reserve (Fed) yang berpengaruh cenderung ke arah tindakan pemotongan kadar faedah penghujung bulan ini disebabkan kadar inflasi yang rendah walaupun ekonomi Amerika Syarikat berkembang.

Presiden Fed New York, John Williams dalam kenyataannya ketika persidangan bank pusat itu, penggubal polisi Fed tidak boleh menunggu sahaja dan perlu berbuat sesuatu untuk mengatasi masalah ekonomi.

Komen bernada dovish beliau tersebut telah mengejutkan pasaran pertukaran matawang asing di mana dolar Amerika telah menunjukkan kenaikan pada mulanya sebelum kembali merosot berbanding matawang utama yang lain.

Pendapat William turut disokong oleh Timbalan Pengerusi Fed, Richard Clarida yang memberitahu Fox Business Network bahawa bank pusat perlu bertindak lebih awal sebelum keadaan menjadi lebih buruk.

Kelemahan matawang USD memberi peluang untuk matawang Eropah kembali mengukuh terutamanya selepas Euro dan Pound telah bergerak lemah sepanjang minggu ini.

Pound Sterling kembali didagangkan meningkat setelah angka bacaan pada data jualan runcit UK yang dikeluarkan pada sesi Eropah semalam mencatatkan bacaan yang lebih tinggi berbanding jangkaan.

Turut menyokong dagangan GBP sebelum data jualan runcit dikeluarkan adalah kenyataan optimis dari Ketua Perunding Brexit Kesatuan Eropah (EU) yang menyatakan lebih terbuka untuk berunding berkenaan isu sempadan Ireland.

Matawang komoditi juga turut memanfaatkan peluang untuk mengukuh ekoran kejatuhan pada nilai dagangan dolar Amerika. Dolar Australia dan New Zealand terutamanya, berjaya menolak harga ke paras tertinggi yang terbaru berbanding dolar USD pada lewat dagangan semalam.

Harga emas juga turut melonjak tinggi ekoran kelemahan USD yang meningkatkan permintaan terhadap logam kuning tersebut. Permulaan sesi Asia melihatkan lonjakan harga ke paras tertinggi yang baru sejak tahun 2013.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat