Dolar AS Dijangka Masih Kuat Hari Ni? Kenapa Ya

449

Data ekonomi yang paling dinanti minggu lepas adalah laporan gaji selain sektor perladangan (Non-farm Payrolls atau NFP) A.S. pada bulan Mac. Hampir sejuta pekerjaan telah dicipta, iaitu jumlah tertinggi dalam tempoh 7 bulan. Ahli ekonomi menjangkakan NFP meningkat hanya 647k tetapi sebaliknya melonjak sebanyak 916k.

Kadar pengangguran pula turun  6%, seperti yang telah dijangkakan. Jumlah pekerjaan yang naik mendadak sepatutnya mendorong dolar AS untuk lebih menguat dan walaupun ada sedikit reaksi sebaik data diumum, namun reaksi susulan agak sederhana.

Reaksi sederhana ini sebahagian besarnya adalah disebabkan cuti Easter yang disambut di negara barat. Pasaran saham ditutup, jadi tidak banyak pelabur yang bertindak balas terhadap laporan tersebut. Pertumbuhan pendapatan purata setiap jam juga merosot, dan ini merupakan satu kejutan yang besar. Ahli ekonomi menjangkakan kenaikan sederhana pada 0.1%  tetapi laporan sebenar menunjukkan penurunan -0.1% dan ini adalah penurunan pertama kalinya sejak Jun. Selain itu, peratusan pengangguran bagi jangka panjang meningkat kepada 43.4% berbanding 41.5% sebelum ini.

Walaupun terdapat beberapa data yang melemah, dolar A.S. masih kuat dan stabil kerana pasaran pekerjaan pulih lebih cepat daripada kebanyakan negara lain. Dengan lebih daripada 38% orang dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan lebih daripada 1 dari 5 orang telah diberi vaksin sepenuhnya, dolar AS dilihat akan kekal stabil untuk jangka masa sekarang.

Lebih banyak peluang pekerjaan akan ditambah dalam beberapa bulan mendatang. Menurut Pusat Kawalan Penyakit (CDC), orang yang divaksinasi sepenuhnya akan bebas bergerak dan risiko terhadap mereka sangatlah rendah. Jaminan ini akan membantu menghidupkan semula industri pelancongan.

Dengan banyak pasaran yang ditutup pada cuti Easter Monday, perdagangan pasti akan lembap pada awal minggu ini. Pada minggu ini beberapa data di US akan diterbitkan seperti data ISM bukan pembuatan, pesanan kilang dan inventori stor. Laporan ini semestinya kuat memandangkan pertumbuhan pekerjaan dan aktiviti pembuatan yang kukuh.

Kita menjangkakan pergerakan yang perlahan pada sesi Asia dan Eropah pada hari ini tetapi mungkin akan ada kenaikan mendadak pada sesi A.S.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat