Dolar AS Mengukuh, Ringgit Terus Dibuka Lemah

290

Ringgit terus diniagakan rendah berbanding dolar AS susulan dolar AS yang mengukuh di samping dipengaruhi oleh kedudukan mata wang yuan yang rendah kesan perang dagangan yang masih tidak berpenghujung.

Unit tempatan berada pada 4.2120/2150 berbanding dolar AS ketika dibuka pagi ini daripada 4.2110/2150.

Public Bank Of China (PBOC) sekali lagi menurunkan midpoint yuan pada 7.0858 berbanding dolar AS iaitu pada paras terendah sejak 2008 namun penetapan ini dilihat lebih kukuh daripada yang dijangkakan, menurut Reuters.

Mata wang yuan merosot berbanding dolar AS akibat perang dagangan yang masih tidak menunjukkan perkembangan positif berkenaan rundingan AS dan China. Keadaan ini telah mempengaruhi prestasi unit tempatan di samping dolar AS yang mengukuh untuk terus mencatat aliran rendah.

Secara keseluruhan, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding kebanyakkan kumpulan mata wang utama.

Ringgit naik berbanding yen kepada 3.9743/9783 daripada 3.9798/9847 manakala menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0337/0370 daripada 3.0330/0370.

Selain itu, berbanding pound Britain, ringgit menurun kepada 5.1441/1482 daripada 5.1353/1419 dan berbanding euro, ringgit naik kepada 4.6686/6723 daripada 4.6704/6753.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat