Dolar Aussie Catat Paras Terendah Terbaru, Euro Pula Raih Pengukuhan Pada Sesi Eropah!

329

Sesi pasaran Eropah menyaksikan dagangan dolar euro mempamerkan peningkatan berbanding US dolar sementara sentimen pasaran masih berisiko ekoran ancaman coronavirus yang semakin meningkat.

Ahli Bank Pusat Eropah (ECB), Francois Villeroy de Galhau memberitahu pada masa ini tidak ada keperluan untuk mengambil tindakan ke atas dasar monetari dalam menghadapi ancaman wabak coronavirus.

Villeroy mengakui bahawa wabak tersebut akan membawa kesan negatif kepada ekonomi Eropah, tetapi ia adalah hanya sementara.

Matawang pound kembali didagangkan menyusut berbanding USD sementara pelabur terus memantau perkembangan terbaru menjelang rundingan perdagangan UKEU yang akan dimulakan pada minggu depan.

Majlis Ehwal Umum EU yang terdiri daripada 27 negara anggota telah meluluskan mandat perundingan yang kini akan berfungsi sebagai rujukan dalam rundingan yang akan dijalankan oleh Ketua Perunding Brexit EU, Michel Barnier dan pasukannya.

Sementara itu, Britain menggesa Kesatuan Eropah (EU) supaya menunjukkan penghormatan yang sama terhadap autonomi undang-undang yang diberikan kepada negara-negara seperti Kanada dan Jepun ketika menandatangi perjanjian perdagangan mereka.

Sentimen berisiko terus menekan dagangan dolar Aussie untuk jatuh ke paras terendah terbaru dalam tempoh 11 tahun dan diniagakan di sekitar paras harga 0.6580 berbanding US dolar pada hari ini.

Sementara US dolar pula terus didagangkan menyusut menghampiri paras terendah dua minggu berbanding yen dipengaruhi oleh jangkaan pengurangan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) AS pada tahun ini dalam menangani impak coronavirus.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat