Dolar Aussie Dan Pound Kekalkan Momentum Mengukuh!

0 400

Dolar Aussie terus meraih keuntungan dengan harapan terdapat kemajuan positif dalam perbincangan perdagangan AS dan China sementara kenyataan daripada Perdana Menteri Ireland mengenai Brexit terus mengangkat matawang pound hari ini.

Perunding AS dan China mengakhiri perbincangan hari pertama mereka dengan lancar dan pertemuan antara Perdana Menteri AS, Donald Trump dan Timbalan Perdana Menteri China, Liu He terus menjadi tumpuan pasaran hari ini.

Dolar Aussie terus mencatat pengukuhan dengan meningkat 0.2% berbanding dolar USD selepas naik ke paras tertinggi dalam dua minggu semalaman manakala dagangan safe-haven yen pula merosot memandangkan selera risiko pelabur semakin meningkat.

Selain itu, matawang euro menokok sedikit tidak jauh daripada mencapai paras tertinggi tiga minggu yang dicapai semalam berbanding dolar, yang biasanya meningkat sebagai matawang safe-haven apabila hubungan perdagangan bertambah buruk.

Di sisi pergerakan matawang pound pula terus meraih keuntungan mencecah paras 1.25 berikutan kenyataan Donald Tusk yang mengatakan UK belum tampil dengan cadangan yang realistik dan boleh dilaksanakan untuk menyelesaikan kebuntuan Brexit.

Walaupun dengan kenyataan Tusk yang berbaur amaran, tetapi ia juga dilihat sebagai usaha untuk memberi peringatan kepada PM Johnson bagi mengemukakan cadangannya sebelum sidang kemuncak Majlis Eropah pada minggu depan.

Pasaran bagaimanapun, tetap optimis bahawa perjanjian Brexit dapat dicapai berdasarkan kenyataan positif daripada Perdana Menteri Ireland terus menyokong pengukuhan matawang pound.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.