Dolar Aussie Lemah Ekoran Jangkaan RBA Akan Turunkan Kadar Faedah Pada Februari

297

Dagangan dolar Amerika kukuh pada sesi Eropah meskipun pada awalnya ia sedikit terkesan oleh laporan mengenai Iran sedang membincangkan 13 senario tindak balas yang akan dikenakan ke atas Amerika Syarikat susulan serangan udara di Baghdad baru-baru ini.

Ketegangan antara AS dan Iran kekal menjadi tumpuan utama pasaran dan perkembangan mengenainya akan terus dipantau dengan lebih dekat, lebih-lebih lagi selepas Iran mengeluarkan ancaman serangan balas tersebut.

Dalam perkembangan terbaru perdagangan, China dilaporkan tidak akan menaikkan kuota import tahunan bijirinnya untuk memenuhi tuntutan daripada Amerika Syarikat.

Naib Menteri Pertanian dan Urusan Luar Bandar China, Han Jun mengeluarkan kenyataannya hari ini kepada Caixin bahawa kuota import bagi gandum, jagung dan beras tidak akan dinaikkan kerana ia adalah kuota yang ditetapkan secara global, oleh itu mereka tidak akan mengubahnya semata-mata hanya untuk satu negara.

Penerbitan data PMI bukan pembuatan bagi bulan November pada malam ini dijangka akan menunjukkan peningkatan, berbeza dengan bacaan mengecewakan oleh sektor pembuatan.

Kelemahan dolar Aussie yang dipengaruhi oleh ketegangan AS dan Iran, terus menerima tekanan ekoran jangkaan untuk pemotongan kadar faedah oleh Reserve Bank of Australia (RBA) pada Februari semakin meningkat.

Penganalisis berpendapat bahawa RBA akan menggunakan situasi kebakaran yang semakin memburuk di Australia sebagai faktor kepada pemotongan kadar faedah pada bulan depan memandangkan ia boleh menjejaskan pertumbuhan negara itu.

Di pasaran eropah, euro diniagakan susut berbanding US dolar menjelang penerbitan data infasi zon Eropah yang dijangka mempamerkan bacaan yang memberangsangkan dengan indeks CPI teras diunjurkan mencatat paras tertinggi iaitu 1.3%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat