Dolar Aussie Meningkat, ‘Panic Buying’ Pacu Lonjakan Jualan Runcit Australia

282

Jualan runcit Australia yang mencatat peningkatan pada bulan Mac susulan arahan perintah berkurung oleh kerajaan telah mendorong pembelian panik, mungkin boleh menyelamatkan ekonomi dari penguncupan pada suku pertama tahun ini.

Dolar Aussie yang didagangkan lemah berbanding US dolar sebelum ini, kembali memaparkan peningkatan pada sesi pasaran Asia disokong oleh penerbitan bacaan jualan runcit yang memberangsangkan.

Jabatan Perangkaan Australia (ABS) melaporkan bacaan awal jualan runcit Australia melonjak 8.2% pada bulan Mac daripada 0.5% pada Februari. Ini merupakan bacaan tertinggi pernah dicatatkan sejak tahun 2002 yang mencatat kenaikan 8.1%.

Data ini merangkumi anggaran awal agregat bulanan perolehan runcit di Australia. Secara keseluruhannya, ABS mengatakan peningkatan pada Mac adalah kenaikan paling tinggi yang pernah direkodkan.

Selain itu, kenaikan ini juga adalah lebih besar daripada yang diunjurkan oleh penganalisis dan telah mengangkat jualan ke paras tertinggi A$30 bilion ($18.86 bilion) daripada penjualan yang diraih sebanyak A$2.28 bilion pada Februari yang menunjukkan tambahan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kira-kira 0.5%.

Menurut ABS, kenaikan yang dicatatkan pada Mac didorong oleh peningkatan dalam penjualan industri peruncitan makanan yang meningkat 23.5% serta penjualan di pasaraya dan kedai runcit meningkat 22.4%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat