Dolar Euro Menjunam, Data Tumpuan Zon Eropah Catat Bacaan Merosot

296

Sesi pasaran Eropah menyaksikan kejatuhan ketara pada nilai dagangan dolar Euro yang memberi reaksi terhadap bacaan data-data ekonomi di zon Eropah yang merosot.

Bacaan data PMI perkhidmatan di Perancis untuk catatan bulan September menurun kepoada 51.6 mata dari paras tertinggi 9 bulan pada 53.4 mata catatan bulan lalu. Penurunan tersebut juga merupakan bacaan paling perlahan dalam sektor perkhidmatan sejak Mei, ekoran aktiviti eksport yang jatuh buat pertama kali dalam tempoh empat bulan.

Bacaan data PMI perkilangan di Perancis juga turut menurun kepada 50.3 mata dari 51.1 mata bulan lalu, lebih rendah berbanding jangkaan penurunan oleh pasaran.

Kemudian menyusul pula bacaan data PMI perkilangan Jerman untuk Septembe yang merosot kepada 41.4 mata berbanding jangkaan peningkatkan oleh pasaran dari bacaan 43.5 mata sebelum ini. Bacaan tersebut menunjukkan penguncupan paling rendah dalam tempoh 10 tahun dalam aktiviti perkilangan sejak krisis kewangan global yang berlaku pada 2009.

Seterusnya, bacaan data PMI perkhidmatan Jerman pula turut mencatatkan penurunan kepada 52.5 mata untuk September lebih rendah berbanding jangkaan pasaran dan juga bacaan terdahulu. Bacaan tersebut menunjukkan perkembangan paling lemah sejak Disember lalu dan merupakan antara salah satu bacaan terendah yang direkodkan dalam tempoh 3 tahun lalu.

Susulan itu, bacaan data PMI perkhidmatan dan perkilangan zon Eropah masing-masing turut mencatatkan bacaan yang merosot.

Bacaan data PMI perkhidmatan menunjukkan pertumbuhan aktiviti yang perlahan pada September manakalan data PMI perkilangan zon Eropah menguncup paling rendah dalam tempoh 7 tahun.

Bacaan data keseluruhan yang merosot telah mendorong dolar Euro mengalami penurunan berbanding pasangan matawang utama yang lain.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat