Dolar Kanada Susut -Bank Pusat Kanada Kekalkan Kadar Faedah!

378

Matawang Kanada didagangkan susut berbanding US dolar pada hari Rabu selepas Bank Pusat Kanada mengambil keputusan untuk mengekalkan kadar faedah. Disisi lain, matawang US dolar didagangkan bercampur pada awal pembukaan pasaran US dan kini didagangkan mendatar berbanding matawang lain.

US dolar didagangkan kukuh sebanyak 0.66% berbanding Kanada dolar kepada paras 1.3172 setakat jam 11.30 p.m.

Bank Pusat Kanada telah mengambil keputusan untuk kekalkan kadar faedah pada 1.75% pada 30 Oktober 2019, seperti yang dijangkakan. Ia kekal sebagai kadar tertinggi sejak Disember 2008.

Bank Pusat Kanada berpendapat bahawa ekonomi Kanada akan bertumbuh lebih perlahan pada pertengahan tahun terakhir berikutan dengan risiko perdagangan dan sektor tenaga yang lemah.

Disisi lain matawang US dolar didagangkan mendatar berikutan para pelabur menantikan keputsan dasar monetari oleh The Fed. Bank pusat diramalkan akan mengurangkan kadar faedah buat kali ketiga pada tahun ini, namun tumpuan tetap diberikan pada ucapan pengerusi The Fed, Jerome Powell.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan mendatar pada paras 97.488 setakat jam 11.30 p.m.

Ketegangan perdagangan masih lagi tidak jelas selepas Chile mengatakan akan membatalkan persidangan mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada bulan hadapan kerana terdapat bantahan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat