Dolar Lemah Menolak Harga Emas Naik Melebihi Paras $1,300 Hari Ini

54

Harga emas berjaya menembusi paras utama $1,300 pada pasaran hari ini berikutan dolar US jatuh keparas lebih daripada setahun selepas ucapan Janet Yellen, pengerusi Federal Reserve di Jackson Hole tidak merujuk kearah polisi monetari.

Ucapan Yellen dalam pertemuan tahunan bank-bank pusat di Jackson Hole pada Jumaat lepas hanya tertumpu kepada perbincangan mengenai kestabilan kewangan tanpa menyentuh keadaan polisi monetari US, menyebabkan para pelabur masih ragu dan tidak jelas tentang kenaikan kadar faedah tahun ini.

Beliau mengatakan pembaharuan yang dilakukan sejak krisis ekonomi 2007-2009 telah menguatkan sistem kewangan tanpa menghalang perkembangan ekonomi.

Indeks dolar meneruskan penurunannya pada pembukaan pasaran minggu ini selepas jatuh ke paras terendah 92.30, menghampiri paras terendah yang pernah di capai pada May 2016.

Pasaran emas sensitif dengan perubahan dolar US. Nilai dolar yang menguat akan mengurangkan permintaan terhadap emas kerana harga semakin tinggi untuk di beli oleh pemilik matawang asing yang lain.

Harga emas di Comex New York Mercantile Exchange (NYMEX) meningkat 0.32% kepada $1,302.05 per ounce menghampiri paras tertinggi yang di capai awal bulan ini setakat jam 4.18 petang.

Emas tutup dengan peningkatan 0.5% sepanjang minggu lepas, di sokong oleh kebimbangan para pelabur terhadap perkembangan politik di US

Fokus pasaran kewangan minggu ini adalah pada data NFP (laporan pekerjaan US) pada hari Jumaat nanti, dan akan menjadi petunjuk bagaimana implikasinya terhadap pandangan Federal Reserve terhadap polisi monetari mereka sepanjang untuk tahun ini. Selain itu, para pelabur juga akan meneliti bacaan kaji semula KDNK (GDP) US untuk suku tahun kedua bagi mengukur keadaan semasa ekonomi di Amerika.

Minggu ini juga akan dilaporkan data pendapatan dan perbelanjaan pengguna US termasuk indeks inflasi harga teras PCE yang menjadi metrik inflasi Fed.

Pasaran masih ragu tentang kenaikan kadar faedah Fed tahun ini berikutan kebimbangan terhadap perkembangan inflasi, namun masih menjangkakan proses pengecilan penyata imbangan (balance sheet) akan bermula pada September depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat