Dolar New Zealand Parah Dihentam Data Pekerjaan!

185

Pengukuhan pasaran buruh New Zealand mula perlahan pada suku keempat 2022, memberi petanda bahawa bank pusat boleh mengurangkan kadar kenaikan dalam kadar faedahnya.

Statistik New Zealand melaporkan kadar pengangguran meningkat kepada 3.4% berbanding jangkaan untuk tidak berubah pada 3.3% pada suku keempat.

Sementara pertumbuhan pekerjaan suku tahunan pula berkurangan kepada 0.2% daripada 1.3% pada suku sebelumnya, dan tersasar daripada jangkaan untuk meningkat 0.3%.

Rentetan daripada penerbitan tersebut, pasaran menurunkan ramalan untuk kenaikan kadar faedah oleh Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) bulan ini kepada 50 mata asas.

Penetapan kadar faedah terakhir RBNZ dibuat pada bulan November, yang menyaksikan bank pusat itu menaikkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas kepada 4.25%.

Bank pusat itu telah meningkatkan kadar tunai rasminya sebanyak 9 kali berturut-turut sejak Oktober 2021 dalam memerangi inflasi.

Melihat reaksi mata wang, dolar New Zealand jatuh 0.3% ke sekitar harga 0.6420 susulan data tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat