Dolar Singapura Capai Paras Tertinggi Sepanjang Masa Lagi Berbanding Ringgit

1,629

Sekali lagi dolar Singapura (SGD) mencapai paras tertinggi sepanjang masanya berbanding Ringgit Malaysia (MYR) pada Isnin, 23 Mei.

Laporan ketua penganalisis pertukaran asing (FX) MonFX, Simon Harvey, menyatakan SGD mencapai paras tertinggi RM3.1964 pada tengah hari Isnin sebelum berundur sedikit pada RM3.1950.

Selain faktor dasar monetari Singapura, Harvey turut menyatakan dalam notanya bahawa sentimen di Beijing yang positif selepas Presiden Joe Biden menimbang pemotongan tarif ke atas barangan China telah mendorong Yuan ke paras tertinggi, mengangkat SGD bersamanya.

Hal ini kerana Yuan merupakan pemegang terbesar dalam *S$NEER Singapura, dan rali dalam Yuan mendorong SGD mencanak apabila perlabur mata wang dilihat mengimbangi kejatuhan nilai SGD berbanding Yuan dengan mata wang lain.

* S=Singapura, kadar pertukaran nominal (NEER) ialah jumlah mata wang domestik yang diperlukan untuk membeli mata wang asing.

Perkara ini secara tidak langsung turut menyaksikan SGD mengukuh berbanding rakan dagangan lain termasuk dolar Amerika Syarikat (USD), MYR, dolar Hong Kong (HKD) dan Yen Jepun (JPY).

Dalam pada itu, Singapura telah mengetatkan dasar monetarinya pada April lalu, yang dibina berdasarkan pergerakan dasar pada Oktober 2021 dan Januari 2022, bertujuan untuk memperlahankan momentum inflasi dan menstabilkan harga.

Setakat yang diketahui, inflasi teras Singapura telah meningkat pada 3.3% pada asas tahun ke tahun pada April 2022 daripada 2.9% pada Mac.

Ia meningkat ke paras tertinggi sejak Februari 2012 ekoran keadaan inflasi yang tinggi bagi makanan, barangan runcit dan elektrik serta gas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat