Dolar Stabil, Para Pelabur Lebih Berhati-hati Dengan Risiko Pyongyang

50

Dolar stabil berbanding matawang utama yang lain pada sesi Eropah hari Selasa dengan tekanan daripada Korea Utara masih mendominasi sentimen pasaran.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan greenback meningkat 0.04% kepada 92.60 setakat jam 6.10 petang.

Instrumen safe-haven yen dan swiss franc pula bercampur. Yen masih kuat berbanding dolar dengan pasangan matawang USD/JPY masih kekal dibawah paras pembukaan harga pasaran hari ini, susut 0.31% kepada 109.38. Swiss franc pula melemah dengan USD/CHF meningkat 0.15% kepada 0.9596.

Pada akhir sesi pasaran Asia sebelum ini, harga emas yang naik hampir $13.18 kepada $1.343.58 per ounce menghampiri paras tertinggi setahun yang lalu, namun jatuh semula di sesi Eropah kepada $1,337.00.

Pasaran emas sensitif dengan perubahan dolar US. Nilai dolar yang menguat akan mengurangkan permintaan terhadap emas kerana harga semakin tinggi untuk di beli oleh pemilik matawang asing yang lain.

Para pelabur lebih berhati-hati dengan provokasi terkini Korea Utara, selepas mereka menjalankan ujian bom hidrogen pada hujung minggu lepas, dengan tujuan ingin cantumkan bersama peluru berpandu antara benua mereka.

James Mattis, setiausaha pertahanan US pada hari Ahad telah memberi amaran kepada Korea Utara sekiranya terdapat sebarang ancaman terhadap US atau sekutunya, tindakan ketenteraan besar-besaran akan diambil. Pada hari Isnin yang lalu, kementerian pertahanan Korea Selatan pula mengatakan Pyongyang dijangkan akan meneruskan lebih banyak pelan pelancaran peluru berpandu dimasa hadapan.

Pasangan matawang EUR/USD susut 0.14% kepada 1.1880, dan GBP/USD didagangkan pada paras 1.2932, naik 0.02%.

Aussie dan Kiwi pula menguat berbanding dolar dengan AUD/USD meningkat 0.30% kepada 0.7968, dan NZD/USD naik 0.20% kepada 0.7176

Berdasarkan laporan tengahhari tadi, Bank pusat Australia (RBA) mengekalkan kadar faedahnya di paras 1.5%. Gabenor RBA, Philip Lowe berkata, data terkini semakin konsisten dengan jangkaan bank pusat bahawa ekonomi akan mula berkembang secara beransur-ansur pada tahun depan.

Sementara itu, USD/CAD jatuh 0.10% kepada 1.2400, masih berada di sekitar penutupan hari Jumaat lepas, menghampiri paras terendah dua tahun yang lalu 1.2339.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat