Dolar Terus Mengukuh Berbanding Yen Pada Pembukaan Pasaran Minggu Ini

46

Dolar terus mengukuh berbanding yen, menghampiri paras teringgi tujuh minggu lalu di pembukaan pasaran Asia hari ini, disokong oleh kenaikan hasil bon US.

Pasangan matawang USD/JPY naik 0.3% kepada ¥111.17 setakat jam 9.38 pagi, menghampiri paras tertinggi sejak Julai lalu pada ¥111.33.

Pada Jumaat yang lalu, dolar melemah selepas data jualan runcit bagi bulan Ogos jatuh diluar jangkaan, namun teguh berbanding yen pada pembukaan dagangan minggu ini berikutan ekonomi menunjukkan peningkatan yang baik secara keseluruhan minggu lepas.

Dolar meningkat 2.8% berbanding yen minggu lalu, disokong oleh kenaikan hasil bon US yang menarik lebih ramai pelabur kepada greenback selepas data inflasi pengguna dan pengeluar naik diluar jangkaan, menambahkan keyakinan pada jangkaan kenaikkan kadar faedah Fed pada bulan Disember nanti.

Stephen Innes, ketua pelaburan di Oanda Asia Pasifik berkata, “Kami yakin akan melihat perubahan kebarangkalian peningkatan kadar faedah Disember nanti. Saya fikir hal ini akan berubah sehingga masuk hari mesyuarat FOMC nanti”.

Pasaran hari ini mungkin tidak  akan menunjukkan perubahan ketara dengan pasaran Jepun tutup disebabkan oleh cuti umum.

Pada bulan depan, politik di Jepun akan menjadi fokus utama pemain pasaran kewanga, dengan tanda-tanda Jepun mungkin akan mengadakan pilihan raya lebih awal.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe sedang mempertimbangkan untuk menjalankan pilihan raya seawal bulan depan bagi mengambil kesempatan terhadap kedudukan beliau yang kukuh dan ketidaktentuan dalam parti pembakang, jelas sumber kerajaan Jepun semalam.

Selain ini, fokus minggu ini tertumpu kepada mesyuarat FOMC pada 19-20 September nanti.

Fed dilihat akan mengumumkan pengecilan penyata imbangan mereka pada mesyuarat kali ini, namun pasaran masih kekal dengan jangkaan tiada perubahan kadar faedah.

Pada Jumaat lalu, GBP/USD naik melebihi paras $1.36 untuk kali pertama sejak undian Brexit, disokong dengan komen hawkish penggubal polisi BoE, Gertjan Vlieghe yang memberi petanda bahawa bank pusat mungkin akan menaikkan kadar buat kali pertama sejak sepuluh tahun lalu dalam masa terdekat

GBP/USD kekal berada di paras tertinggi sekitar $1.3582 di awal sesi dagangan Asia minggu ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat