Kelemahan indeks sektor pembuatan Amerika Syarikat (ISM) (AS) yang mencapai rekod paling rendah sejak Jun 2009 menimbulkan kebimbangan kelembapan ekonomi AS dan kemungkinan terhadap pemotongan kadar faedah mendorong dagangan dolar USD untuk menyusut hari ini.
Dolar USD yang mencatatkan pengukuhan pada awal dagangan disebabkan peningkatan dalam permintaan terhadap mata wang itu, terus menjunam sebaik sahaja data ISM dikeluarkan menunjukkan sektor pembuatan AS menguncup pada bulan September kepada tahap paling lemah dalam satu dekad.
Dagangan euro pulih berbanding dolar USD walaupun keuntungannya dihadkan oleh inflasi Kesatuan Eropah (EU) yang lemah. Dolar USD lemah berbanding dolar New Zealand dan jatuh sedikit berbanding yen yang masih dibelenggu oleh risiko untuk jatuh.
Sementara itu, dagangan pound merosot berbanding dolar USD dipengaruhi oleh sentimen pelabur terhadap pengunduran Britain daripada EU hujung bulan ini. Perdana Menteri Boris Johnson akan memperkenalkan tawaran terakhir beliau dengan pendirian tegas terhadap keputusan Britain untuk meninggalkan EU.
Susulan terdapat petunjuk mengenai pengurangan kadar faedah yang seterusnya oleh RBA, dolar Australia dihantar jauh ke paras terendah dalam tempoh satu dekad menguji paras 0.6700 namun melantun kembali ke paras yang lebih selamat pada 0.6711.
Harga minyak mentah meneruskan penurunannya dipengaruhi oleh pengeluaran minyak OPEC yang merosot ke tahap terendah dalam tempoh 8 tahun.