Dolar USD Kembali Pulih Walaupun Sentimen Kekal Berisiko

248

Sejak akhir-akhir ini, Amerika Syarikat (AS) dan China telah memberi beberapa isyarat yang positif mengenai perkembangan dalam rundingan dagangan, malah pentadbiran Trump juga turut memberitahu mereka sedang mempertimbangkan untuk menghapuskan beberapa tarif ke atas beberapa barangan import China.

Susulan daripada itu, dolar Amerika meningkat berbanding yen dengan menokok sebanyak 0.12% kepada 108.70 dan turut diniagakan lebih tingggi berbanding Swiss franc pada 0.9886. Indeks dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama lain pula pulih pada 97.55.

Matawang safe-haven yen dan Swiss Franc yang sering menjadi pilihan ketika keadaan ekonomi dan politik tidak stabil, tidak dapat memanfaatkan peluang itu kerana pelabur kini lebih selesa untuk mengambil risiko.

Sementara itu, sentimen pasaran dilihat berhati-hati menjelang pengumuman polisi monetari oleh Reserve Bank of Australia (RBA) hari ini. RBA dijangkakan tidak akan mengubah kadar faedah selepas mengurangkannya sebanyak tiga kali sejak lima bulan lalu.

Niaga hadapan kadar faedah yang hanya menunjukkan 24% peluang untuk pemotongan keempat dalam 2019 dan dengan itu ia dapat menjelaskan kenapa dolar Aussie kembali pulih sepanjang bulan Oktober.

Bagaimanapun, sejak pelonggaran polisi dilakukan dapat dilihat bahawa ekonomi Australia terus lemah melalui beberapa data yang dikeluarkan.

Selain itu, matawang euro diniagakan rendah selepas mengalami penyusutan berterusan semalam walaupun dengan data sektor pembuatan PMI di zon Eropah yang mengalami peningkatan.

Tumpuan pasaran yang tertumpu kepada ucapan pertama daripada Christine Lagarde sebagai Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) semalam, bagaimanapun mengecewakan kerana beliau tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung polisi monetari.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat