Dollar Canada terus tertekan ekoran laporan pengangguran dan dasar monetari

76

Pasangan matawang USDCAD mencatatkan peningkatan pada penutup minggu pertama bulan September. Jelas ini mendatangkan kebimbangan kepada para pelabur..Pada dasarnya, kebimbangan itu mungkin disebabkan oleh laporan data pengangguran di Kanada yang tinggi dan tidak dijangka malah lebih rendah berbanding laporan data pengangguran pekerjaan di Amerika Syarikat.

Laporan pekerjaan Kanada menunjukkan negara tersebut kehilangan 11,000 pekerjaan pada bulan Ogos, berbanding hanya 10,000 dari jangkaan awal.Awal bulan ini, Bank of Kanada enggan menaikkan kadar faedah dan mengekalkan pandangan neutral untuk masa akan datang. Bank pusat itu berkata dalam pengumuman dasar monetarinya bahawa, ia ingin melihat keuntungan eksport dikekalkan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih luas. Ini mungkin jalan untuk mengatakan ia ingin melihat Dolar Kanada yang lebih rendah.

Minggu ini mungkin kelihatan satu trend yang mendatar untuk USDCAD apabila pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan (FED) minggu depan. Jika Fed terus dengan ramalan bahawa ekonomi negara cukup kuat untuk kenaikan kadar faedah tahun hadapan, kita bakal saksikan USDCAD terus memecut ke langit untuk satu tempoh yang tidak diketahui.

exchange-cad-to-usd-for-5-dollars

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat