Dollar Terus Menjadi Tumpuan Bagi Kebanyakan Trader

44

Indeks US Dollar melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 4 bulan pada hari Rabu. Hal ini secara tidak langsung menambah keuntungan forex trader sambil menanti keputusan mesyuarat dasar kewangan kritikal oleh ECB. Keputusan ini dianggap penting kerana bakal menentukan hala tuju jangka panjang beberapa mata wang utama.

Indeks mencanak naik dan mencapai setinggi 97.37, iaitu paras tertinggi sejak awal bulan Mac. Dollar dikatakan dalam landasan yang betul apabila mencapai paras tertinggi sejak 4 bulan berturut-turut dan bulan ke 6 sejak 10 bulan terakhir. Sejak Brexit diumumkan, Dollar telah meningkat kira-kira 3% berbanding matawang utama lain.

Selain itu, Dollar meningkat lebih tinggi berbanding Euro dan Pound British apabila sebahagian pelabur masih menanti keputusan dasar kewangan pertama Governing Council ECB sejak UK diundi keluar dari referendum. Indikator ekonomi juga menunjukkan keyakinan pengguna di EU jatuh mendadak sebanyak 1.8 pada bulan Jun kepada -7.6, iaitu paras terendah sejak November 2014.

Pada masa yang sama, kawasan Euro melaporkan penurunan indek keyakinan pengguna sebanyak 0.7 kepada -7.2 hingga -7.9. Penganalisa meramalkan bacaan ini akan bertambah buruk sehingga -8.0. Governing Council dijangka akan berdepan dengan isu kekurangan data relatif berikutan kejutan pasaran sejak Brexit diumumkan.

Mesyuarat ECB dijadual berlangsung sehari sebelum mesyuarat Julai Federal Open Market Committee (FOMC) minggu depan. Sejak Fed memutuskan tiada perubahan bagi short term interest rate dalam mesyuarat Jun FOMC, sebahagian peserta telah berpecah berikutan data pekerjaan dan perumahan yang kukuh. CME Group meramalkan 41.6% peluang dalam 25 kenaikan mata asas daripada 20% minggu lepas. Hal ini dilihat sebagai peluang kepada pelabur untuk mendapatkan hasil yang lebih tinggi.

Disamping itu, USD/JPY juga mengukuh lebih dari 1% kepada tahap tertinggi harian pada 107.44. Pertama kali angka ini mencecah 107 dalam tempoh 6 minggu. Terdahulu, Kyodo melaporkan bahawa Jepun sedang mempertimbangkan pakej ransangan JPY sebanyak 20 trillion, dua kali ganda daripada laporan sebelum ini.

Sejak pertemuan bekas Pengerusi Fed, Ben Bernanke dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe minggu lalu di Tokyo, Dollar telah meningkat 7% berbanding Yen. Dalam pertemuan itu, mereka membincangkan prospek pelaksanaan pelan rangsangan yang melibatkan wang helikopterdalam menangani masalah inflasi.

Juga pada hari Rabu, Dollar mencatatkan peningkatan 1.5% berbanding Lira Turki kepada angka tertinggi 3.0974 sejurus selepas Standard & Poor menurunkan penarafan kredit Turki kepada status junk. Sebelum ini, Presiden Turki, Recer Erdogan mengisytihakan 3 bulan darurat berikutan kegagalan cubaan rampasan kuasa minggu lepas. Peningkatan lebih daripada 7% ini telah direkodkan terhadap Lira sejak 4 sesi lepas.

US 10-Year Yields juga naik 3 mata asas kepada 1.58%. Walaupun mendapat keuntungan sederhana, perkara ini dilihat lebih baik kerana yield 10-Year US Treasuries telah turun lebih 75 mata asas sejak tahun lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat