Donald Trump Dakwa China Cuba Curi Kajian Vaksin COVID-19

442

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump masih lagi tidak berputus asa menunding jari kepada China apabila kali ini beliau mendakwa negara itu cuba untuk merampas kajian vaksin Covid-19.

Dakwaan tersebut bakal mengeruhkan lagi keadaan dua negara berkuasa dalam kebimbangan ekonomi yang mungkin akan berpanjangan.

Buat masa sekarang masih tiada lagi penemuan vaksin yang benar-benar berkesan bagi jangkitan wabak tersebut. Namun, dakwaan Trump mengenai pencerobohan yang dikaitkan dengan penggodam dari Beijing dikatakan satu ancaman kepada tindak balas negara itu dalam mengawal wabak tersebut. China sekali lagi menyangkal tuduhan Trump.

Penemuan vaksin bagi wabak itu setelah diberi amaran oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa wabak tersebut tidak akan hilang, tidak dapat dinafikan akan membantu memulihkan semula ekonomi dunia yang makin kritikal.

Menurut Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell tanpa vaksin negara mereka akan kekal mengalami masalah ekonomi.

Namun, beliau menjelaskan keadaan eknonomi AS perlu kembali pulih dan dana sebanyak $3 trilion yang telah diluluskan merupakan satu tindakan yang tidak mustahil akan membantu ekonomi negara itu.

Pada waktu yang sama, timbul kebimbangan terhadap gelombang kedua wabak Covid-19 di Jilin, China. Kini bandar tersebut disahkan sedang berhadapan dengan tempoh perintah berkurung (lockdown).

Negara lain seperti Chile, Brazil dan Nigeria turut menunjukkan rekod kes yang melonjak naik hingga menyebabkan penutupan seluruh negara seperti Chile apabila mencatatkan kes sebanyak 60% hanya dalam tempoh 24 jam di Santiago.

Berbeza di Eropah, kerajaan negara itu akhirnya membuka semula sektor pelancongan bagi musim panas demi menyelamatkan kerjaya yang melibatkan industri tersebut walaupun bimbang gelombang kedua menyerang sekaligus menyebabkan kelumpuhan ekonomi untuk tempoh yang lama.

England juga telah membenarkan masyarakat mereka untuk bebas keluar dari rumah memandangkan ekonomi mereka dilihat menyusut 2% sepanjang Januari hingga Mac, penurunan terbesar sejak 2008 dengan jangkaan penyusutan yang lebih dasyat pada masa akan datang.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat