Donald Trump Luluskan Undang-undang Hong Kong – China Ancam Tindak Balas!

713

Pasaran sesi Asia menyaksikan pergerakan dolar Amerika yang merosot selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah menandatangani dua rang undang-undang yang menyokong penunjuk perasaan di Hong Kong walaupun berulangkali menerima bantahan daripada China.

Tindakan ini telah menimbulkan kebimbangan buat pelabur mengenai kemungkinan ia akan memberi kesan kepada proses rundingan perdagangan antara AS dan China yang masih belum selesai kerana China pernah mengancam bahawa jika Trump meluluskannya ia boleh menjejaskan rundingan tersebut.

Trump memberitahu keputusan yang dibuat adalah keranan beliau menghormati Presiden China Xi Jinping dan rakyat Hong Kong dengan harapan undang-undang tersebut dapat menyelesaikan perbezaan mereka yang membawa kepada pendamaian.

Sebelum ini, China telah berkali-kali mengutuk tindakan Senat AS yang meluluskan undang-undang tersebut dan memberi amaran kepada AS supaya tidak campurtangan dalam hal ehwal dalamannya.

Kesan daripada itu, dolar USD terus menyusut berbanding matawang safe-haven yen dan swiss Franc apabila pelabur mula mencari aset selamat kerana khuatir terhadap peningkatan risiko geopolitik.

Bagi menjawab tindakan Trump, Kementerian Luar Negeri China mengeluarkan kenyataan untuk mengadakan tindak balas terhadap AS. Bagaimanapun, tiada butiran lanjut diberikan mengenai tindakan yang akan dilakukan oleh mereka.

Sementara itu mengikuti perkembangan di Eropah, dagangan pound kembali pulih daripada penyusutan awal selepas keputusan tinjauan undian daripada YouGov yang menggunakan model MRP menunjukkan Parti Konservatif mempunyai majoriti yang besar berbanding Parti Buruh.

Model MRP merupakan teknik statistik yang digunakan untuk meramalkan keputusan pilihan raya. Ia dianggap sebagai yang paling dipercayai dan mempunyai keupayaan untuk menggerakkan matawang pound. Sebelum ini, ia telah meramal keputusan pilihan raya 2017 dengan betul.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat