Donald Trump Sengaja Keluarkan Kenyataan Provokasi Kepada China?

588

Matawang dolar Amerika Syarikat pada sesi New York semalam mencatatkan pengukuhan berbanding matawang utama yang lain disokong oleh data ekonomi positif diterbitkan semalam.

Data jualan runcit di Amerika Syarikat untuk bulan Jun mencatatkan kadar 0.4% lebih tinggi berbanding jangkaan penurunan kepada 0.1% dan dan kekal pada angka yang sama sebelum ini setelah data dikemaskini semula. Bacaan data teras juga mencatatkan bacaan angka yang sama.

Data yang lebih kukuh berbanding jangkaan tersebut telah mengurangkan jangkaan penurunan kadar yang agresif oleh Federal Reserve (Fed) kepada 50 mata asas berbanding 25 mata asas untuk mesyuarat polisi akhir bulan ini.

Selain faktor data domestik yang positif, peningkatan pada dagangan USD juga turut didorong oleh kejatuhan nilai Euro dan Pound Sterling pada sesi sebelumnya.

Euro diniagakan lemah pada sesi Eropah semalam selepas data ekonomi tinjauan ZEW mendapati moral pelabur di Jerman pada Julai menurun lebih rendah berbanding jangkaan ekoran terkesan oleh risiko ketegangan perang dagang Amerika Syarikat dan China yang berlarutan dan juga ketegangan bersama Iran.

Dagangan Pound Sterling turut merosot mengiringi penurunan Euro pada sesi Eropah dengan kejatuhan mencecah ke paras terendah 27 bulan ekoran ketidaktentuan politik di Britain.

Dua calon utama yang bakal dilantik sebagai Perdana Menteri Britain yang baru iaitu Boris Johnson dan Jeremy Hunt bersaing antara satu sama lain untuk pendirian Brexit yang sukar.

Boris dan pesaingnya dari pimpinan Parti Konservatif itu berkata pada Isnin bahawa mereka tidak akan menerima elemen sempadan tahanan Ireland Utara seperti yang dibentangkan dalam perjanjian Brexit Theresa May yang terdahulu. Kedua-duanya akan mengikuti suara majoriti dari parti Konservatif yang mahukan situasi pengunduran yang bersih dan lancar bersama Kesatuan Eropah.

Beralih pada perkembangan matawang komoditi, dolar Australia dan New Zealand kembali didagangkan berisiko susulan ucapan berbaur provokasi oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berhubung rundingan dagang bersama China.

Trump memberitahu Amerika Syarikat boleh kenakan tarif tambahan baru ke atas barangan import China yang bernilai $325 bilion jika mereka mahukan. Kenyataan tersebut adalah susulan ketidakpuasan hati Trump berkenaan janji China yang dikatakan ingin mempertingkatkan pembelian produk pertanian Amerika Syarikat namun masih tidak berbuat demikian.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat