Dow Jones Catat Kenaikan 7 Hari Berturut-Turut

167

Pasaran Wall Street ditutup tinggi semalam di mana indeks utama Amerika Syarikat masing-masing menunjukkan kenaikan meskipun berada di dalam situasi ekonomi tidak menentu. Antara isu yang masih berlegar ketika ini ialah AS dan China masih di dalam proses perbincangan mengenai perjanjian dagangan mereka dan Bank Pusat Eropah (ECB) dikatakan bakal menurunkan kadar faedah kepada peratusan yang lebih rendah.

Indeks Dow Jones terus mencatatkan kenaikan untuk 7 hari berturut-turut di mana ini merupakan prestasi terbaik yang ditunjukkan sejak May 2018. Dow meningkat 45.41 mata kepada 27,182.45 mata, S&P 500 naik 8.64 mata kepada 3,009.57 mata manakala Nasdaq bertambah 24.79 mata kepada 8,194.47 mata.

Awal minggu ini China mengumumkan akan memberi pengecualian kepada beberapa barangan import AS daripada dikenakan cukai tambahan. Perkara ini dilihat sebagai salah satu mekanisma untuk meredakan perang dagangan yang sedang berlaku di antara dua gergasi ekonomi dunia ini.

Dalam pada itu, ECB menaikkan caj yang dikenakan kepada bank sekitar Eropah yang memegang tunai dalam kemudahan deposit semalaman bank pusat sebanyak 10 mata asas kepada -0.5%, menyamai kadar terendah dalam operasi pemberian pinjaman yang disasarkan oleh bank. Tiada perubahan dilakukan ke atas kadar pembiayaan semula utama bank yang kekal pada 0%.

ECB juga berkata mereka akan memulakan semula program pelonggaran kuantitatif aktif bermula 1 November, dengan pembelian bulanan daripada kerajaan, agensi dan bon korporat sekitar €20 bilion, dan program ini akan diteruskan jika terdapat keperluan dan akan menamatkannya bila mana bank mula menaikkan kadar faedah.

Penganalisis pasaran melihat ekonomi AS masih di dalam keadaan yang baik. Kadar pengagguran turun daripada 217,000 orang kepada 204,00 orang dan situasi ini memberi gambaran bahawa pasaran kerja semakin kukuh.

Indeks Harga Pengguna (CPI) meningkat kepada 2.4% berbanding 2.2% sebelum ini yang memberi isyarat jelas tentang permintaan yang semakin meningkat. Namun apa yang menjadi persoalan mengapa Rizab Persekutuan (Fed) memilih untuk menurunkan kadar faedah pada minggu hadapan yang bertentangan dengan situasi semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat