Dr. Khalid: 99.7% Kanak-Kanak Flat Kos Rendah di K.L. Hidup Dalam Kemiskinan

2,432

Hampir daripada 97% isirumah kos rendah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor hanya memperoleh pendapatan di bawah RM2,500 sebulan yang boleh dikatakan sebagai miskin bandar. Ini adalah hasil daripada kajian DM Analytics yang diterajui oleh Dr. Muhammad Abdul Khalid.

Masyarakat yang tinggal di flat kos rendah atau di flat Perumahan Rakyat Termiskin (PPR) di sekitar Lembah Klang adalah golongan paling ramai dikategorikan sebagai ‘miskin bandar’. Apa yang menyedihkan, ramai kanak-kanak yang kekurangan nutrisi atau pemakanan disebabkan pendapatan ibu bapa yang rendah.

Walaupun statistik kebangsaan yang dikeluarkan menunjukkan hanya 1% penduduk miskin di Kuala Lumpur, tetapi hakikatnya di bandar terdapat 99.7% kanak-kanak yang hidup dalam kemiskinan. Dapatan ini pula berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Unicef dengan kerjasama DM Analytics.

Kemiskinan bandar ini sekaligus menggambarkan kemampuan ibu bapa atau ketua keluarga menyediakan makanan kepada anak-anak mereka. Dapatan daripada kajian ini sudah tentu mengejutkan masyarakat yang kurang ‘familiar’ dengan kehidupan di flat-flat kos rendah.

Menurut laporan Astro Awani, hasil daripada tinjauan mereka di PPR Kerinchi di Kuala Lumpur menunjukkan keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM2000 hanya menyediakan satu jenis lauk untuk makan tengah hari dan malam.

Tinjauan Astro Awani juga mendapati isirumah berpendapatan RM3000 mampu untuk menyediakan lebih daripada satu lauk kepada anak-anak mereka.

Kajian Unicef ini menunjukkan kaitan yang positif antara pendapatan isirumah dan juga tahap nutrisi kanak-kanak di mana kanak-kanak miskin dilihat kurang nutrisi sehingga menyebabkan tumbesaran mereka terbantut.

Menurut satu lagi laporan oleh Pengurus Pembangunan Bandar dan Pengurusan Risiko Bencana rantau Asia Timur, “rantau ini bakal mempunyai jumlah penduduk terbesar miskin bandar.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat