Draghi: ECB Terus Menggunakan Mandat Untuk Capai Inflasi 2%

52

Sebentar tadi Presiden European Central Bank (ECB) atau Bank Pusat Kesatuan Eropah, Mario Draghi menyatakan ekonomi sedang pulih dalam kadar sederhana.

Draghi membuatkan pasaran tertanya-tanya tentang sama ada faktor pemulihan ekonomi ini mampu untuk menaikkan inflasi yang rendah di Zon Eropah.

Bagi Draghi, peningkatan harga adalah disebabkan oleh jurang keluaran (output gap). Perubahan dalam inflasi masih bergantung kepada keadaan pasaran kewangan.

Output gap adalah perbezaan antara keluaran sebenar (actual output) ekonomi dan potensi keluaran (potential output). Potensi pengeluaran adalah amaun maksimum barang dan perkhidmatan yang boleh dikeluarkan oleh sesebuah negara.

Draghi menyatakan fokus utama ECB pada masa ini ialah kelemahan inflasi dengan kadar semasa berada pada paras 0.50% masih jauh di bawah sasaran. Walaupun inflasi masih boleh naik beberapa bulan akan datang, ia hanyalah disebabkan base effects.

Base effects adalah paras kadar inflasi yang tinggi atau rendah pada bulan-bulan lepas yang mengganggu kadar inflasi semasa. Base effects boleh menyukarkan pihak bank pusat untuk mendapatkan bacaan inflasi yang tepat.

Mesej utama Darghi pada hari ini ialah ECB akan terus menggunakan mandat yang ada untuk mencapai sasaran inflasi 2.00%.

Pada ketika ini Eur/Usd dilihat menguat setelah mencapai paras terendah setakat hari ini.

Sumber: Trading View
Sumber: Trading View

Komen terbaru dari pihak ECB ini menggambarkan pihak bank perlu berusaha agar kadar inflasi bergerak dalam keadaan menaik dan kukuh secara berterusan supaya tidak hanya mencapai sasaran itu dengan risiko untuk menyusut semula.

Hal ini menunjukkan ECB akan meneruskan polisi sedia ada dalam jangka masa panjang dengan mengecilkan sedikit tempoh masa untuk meneruskan polisi pelonggarannya (easing policy) ini. Mungkin juga ECB boleh mengurangkan sedikit program pembelian bonnya atau menggunakan instrumen polisi yang lain bagi mengukuhkan pergerakan inflasi dalam tempoh yang panjang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat