Draghi Menggesa Perubahan Struktur Pentadbiran Kerajaan di Zon Eropah

31

Polisi monetari yang longgar memberi peluang kepada Zon-Eropah untuk membuat perubahan yang perlu bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi apabila kadar faedah naik di masa hadapan. Hal ini dikatakan sendiri oleh Presiden ECB (European Central Bank) Mario Draghi pada Rabu.

“Kajian ECB mendapati tiada bukti yang meyakinkan bahawa kadar faedah tinggi akan membawa kepada lebih banyak perubahan,” kata beliau di Frankfurt. “Sebaliknya pula mendorong kepada perubahan di mana dalam situasi kadar faedah yang rendah.”

“Dengan polisi monetari yang akomodatif, kita sekarang mempunyai peluang untuk perubahan ini,” tambah beliau.

Draghi menggesa kerajaan bagi memastikan perubahan yang lebih menyokong perniagaan memberi faedah kepada semua orang.

“Persepsi bahawa pertumbuhan tidak memberi faedah kepada semua orang telah menghasilkan persepsi bahawa sesetengah golongan ketinggalan di belakang.”

Draghi telah beberapa kali menegaskan agar kerajaan membuat perubahan struktur: mengurangkan birokrasi, red-tape dan mengurangkan peraturan yang ketat dalam menjalankan operasi kerajaan dan pengambilan pekerja.

Dalam ucapannya pada hari ini, beliau tidak memberi komen tentang masa depan polisi monetari ECB di mana bank pusat ketika ini menjalankan pembelian bon sebanyak 60 billion euro sebulan. Keputusan dalam mengurangkan pembelian bon ini dijangka dibuat pada mesyuarat 26 Oktober.

Untuk rekod, ECB menjalankan polisi monetari kepada 19 negara yang menggunakan matawang yang sama (euro).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat