Drama Brexit EU-UK Akhirnya Sampai Ke Penghujung!

694

Kini sudah lebih 8 bulan rundingan perjanjian perdagangan berlansung antara Kesatuan Eropah dan UK. Berbagai drama telah disajikan kepada kita dan ia bakal sampai kepada penghujung. Dalam beberapa hari persoalan yang dinantikan selama ini bakal terjawab.

Perdana Menteri Boris Johnson dilaporkan sedang menjalani proses kuarantin setelah mempunyai kontak rapat dengan salah seorang yang disahkan positif. Walaubagaimanapun, ujian yang dijalankan menunjukkan beliau negatif.

Walaupun begitu, rundingan Brexit harus diteruskan dan beliau mempunyai banyak alasan untuk mementerai perjanjian. Sebilangan menteri kabinet beliau termasuk Rishi Sunak adalah antara orang yang tekad untuk capai perjanjian perdagangan.

Ditambah pula, UK merupakan antara negara yang paling teruk dilanda Covid-19 antara negara serantau dan ia memerlukan lebih banyak masa untuk pulih dari wabak tersebut. Pengunduran UK dari EU tanpa perjanjian akan menjadi keadaan ekonomi UK lebih buruk dengan diiringi peningkatan kos perniagaan, inflasi dan lain-lain.

Walaupun begitu, hakikatnya tarikh akhir semakin hampri dan sebarang perjanjian mesti disahkan oleh Parlimen Eropah dan UK sebelum 31 Disember. Atas dasar itu, sebenarnya hanya berbaki beberapa hari untuk tuntaskannya sebelum masuk ke parlimen bagi dibahaskan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat