Drama Brexit Terus Curi Tumpuan, Sentimen Pasaran Berisiko!

375

Pekembangan Brexit terus menjadi tumpuan pasaran di sesi Asia hari ini dengan perkembangan terbaru, parlimen UK mengundi untuk memihak kepada rancangan PM Boris Johnson, tetapi tidak bersetuju terhadap jangka masa yang dicadangkan untuk membincangkan undang-undang tersebut.

Susulan daripada itu, matawang pound terus merosot dengan PM Johnson menegaskan pendiriannya untuk UK keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) mengikut tarikh akhir pada 31 Oktober ini.

Jurucakap PM Johnson kemudian mengatakan bahawa pada langkah seterusnya, Johnson akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin EU dan meminta mereka untuk tidak melanjutkan tarikh tersebut.

Selain itu, euro jatuh berbanding dolar USD untuk hari kedua berturut-turut disebabkan perkembangan Brexit yang pasif di samping ketiadaan data ekonomi utama dari Amerika Syarikat (AS) dan Eropah untuk menyokong matawang itu.

Di samping itu, dolar USD terus didagangkan lebih rendah berbanding yen berikutan sentimen perdagangan AS-China yang positif semakin memudar.

Laporan berhubung Presiden G7 dan penasihat perdagangan Presiden Donald Trump, Kelly Ann Shaw, akan meninggalkan pentadbirannya untuk bekerja di sektor swasta telah menimbulkan ketidakpastian dalam rundingan perdagangan akan datang.

Beliau berkhidmat dengan Amerika Syarikat untuk G7 dan G20 serta merupakan sebahagian daripada pasukan yang menasihati presiden semasa perbincangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China, yang mengetuai Trump untuk mengumumkan perjanjian fasa pertama dengan Beijing pada Okt 11.

Sementara itu, dolar Aussie turut mencatat penurunan selepas berada di paras tinggi sepanjang minggu ini berikutan sentimen yang suram disebabkan tiada pemangkin yang kuat untuk menyokong pergerakan pasaran.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat