Dua Cawangan The Fed Menyokong Kenaikan Kadar Diskaun Sebelum Mesyuarat Mei

44

Dua cawangan Bank pusat Federal Reserve dilaporkan menyokong kenaikan kadar diskaun (discount rate) dalam mesyuarat FOMC pada Mei, menurut minit mesyuarat perbincangan kadar faedah yang dikeluarkan pada Selasa.

The Fed tidak menaikkan kadar pada Mei, dan sokongan kepada kenaikan kadar diskaun oleh dua cawangan bank pusat ini (kadar faedah terhadap pinjaman oleh bank pusat) menunjukkan sokongan terhad kepada kenaikan kadar lewat April yang lalu.

Kadar diskaun biasanya bergerak sejajar dengan pergerakan Fed Fund Rate yang dijadikan sebagai kadar faedah polisi. Permintaan dua bank pusat ini iaitu cawangan Kansas City dan Richmond dilihat sebagai keperluan bagi mereka agar kadar faedah bergerak lebih tinggi.

The Fed dijangkan akan menaikkan kadar faedah pada mesyuarat 13-14 Jun menurut pasaran hadapan fed fund future.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat